Yang berikut dipetik dari laman web MyIslamNetwork.net,
http://myislamnetwork.net/portal/modules/smartfaq/
Semoga bermanfaat kepada semua.
Azlina Jailani (42 tahun) berdaftar sebagai Lina Joy. Berbangsa Melayu berketurunan Jawa. Belia dibesarkan sebagai seorang Islam oleh keluarganya. Bagaimanapun Saudari Azlina mendakwa tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 dan mempunyai sijil Baptis. Beliau berhasrat untuk berkahwin dengan seorang Kristian berbangsa India dan memohon untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut.
Permohonan beliau sejak tahun 2000 untuk membuang perkatan Islam dalam kad pengenalan tetapi tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disebabkan tiada pengesahan Mahkamah Syariah. Mulanya beliau memohon di Mahkamah Tinggi satu perisytiharan bahawa beliau telah keluar Islam.
Permohonan ini ditolak atas dasar mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Beliau kemudian memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk tidak menyatakan agama dalam kad pengenalan. Setelah permohonan ini ditolak beliau merayu kepada Mahkamah Rayuan dan kini Mahkamah Persekutuan.
Dalam kes ini, buat kali pertama Mahkamah telah membenarkan peguam pemerhati mewakili pelbagai pertubuhan berhujah. Kes ini juga mendapat perhatian pelbagai badan bukan Islam dan kedutaan asing. Siri kempen peringkat antarabangsa juga telah dilancarkan.
Apakah Isu Yang Timbul Di Dalam Kes Ini?
o Sama ada seseorang Islam itu berhak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalan d n kemudian membolehkannya menukar agama.
o Sama ada kebebasan beragama mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang Melayu / Muslim mengisytiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain.
Apakah Kesan Kes Ini Sekiranya Permohonan Azlina Jailani Diterima?
o Kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan tidak akan bermak a kerana kepentingan Islam tidak lagi dilindungi oleh Perlembagaan.
o Bidangkuasa Mahkamah Shariah akan terhakis kerana permohonan keluar dari Islam boleh diputuskan oleh hakim mahkamah sivil yang bukan pakar mengenai perundangan Islam termasuk hakim bukan Islam.
o Kerajaan negeri tidak boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam.
o Selama ini MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan Azlina Jailani mengisytiharkan diri keluar Islam bermakna hubungan istimewa Melayu - Islam yang diiktiraf oleh Perlembagaan akan terhapus.
o Kes ini mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
o Menjejaskan Kuasa Mahkamah Shariah di negara ini dalam semua perkara berhubung dengan Islam.
o Orang Islam bebas menganut dan mengamal Islam mengikut kehendak dan tafsirannya sendiri. Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam tidak mempunyai hak untuk mengawalselia cara dan kaedah penganutan dan pengamalan agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan penguatkuasaan boleh diambil ke atas orang Islam untuk kesalahan seperti berjudi, berkhalwat, berzina, minum arak dan sebagainya.
Apakah Kesan Islam Dan Identiti Melayu
o Islam sudah amat sebati dengan Melayu. Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan sendiri mendefinisika Melayu sebagai beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.
o Islam melangkaui batas definisi undang-undang. Islam adalah identiti bangsa Melayu di Malaysia. Nenek moyang kita mempertahankan identiti ini dan tidak mengubah agama mereka meskipun dijajah kuasa besar Kristian untuk hampir 500 tahun.
o Jika kita membiarkan perkara ini beterusan, identiti bangsa akan terhakis dan kedaulatan Islam di negara ini akan tercemar.
Apakah Ada Agenda Tersembunyi Di Sebalik Kontroversi Kes Ini?
o Sejak akhir-akhir ini, terdapat satu usaha agresif dan berterusan untuk menggugat kedudukan Islam d Malaysia melalui saluran perundangan.
o Ini dapat disaksikan melalui deretan kes-kes yang timbul selain Azlina Jailani seperti Kamariah Ali dan lain-lain kes murtad, kes Muhammad Abdullah @ Moorthy, desakan meminda/memansuhkan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, cadangan penubuhan Interfaith Commission of Malaysia (IFC), penubuhan kumpulan pendesak hak kebebasan beragama yang dikenali sebagai "Article 11" dan lain-lain.
o Terdapat penglibatan aktif pelbagai organisasi dan individu (Islam dan Bukan Islam) yang bergerak atas nama hak asasi manusia dan kebebasan individu untuk menentang kedudukan istimewa Islam di negara ini yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
o Kempen di peringkat antarabangsa juga telah dan sedang giat dijalankan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment