"I once thought that the antonym of love was hate. I have since discovered that the true opposite of love is fear. Fear that comes out of ignorance and bigotry and consequent emotional insecurity. This devil must be ruthlessly exposed so that it can be exorcised."
The statement is of Dato' Mahadev Shankar, retired Court of Appeal Judge. It is an excerpt from an interview by and published in Relevan, a newsletter of the Kuala Lumpur Bar (Issue No 3/05).
Wednesday, February 08, 2006
Thursday, February 02, 2006
Isu penubuhan IPCMC
Isu prosedur ketuk ketampi secara bogel telah menjadi tajuk perbincangan hangat di setiap pejabat, rumah dan kedai kopi di seluruh Malaysia sejak lebih kurang dua bulan yang lalu. Kini, walaupun selepas Suruhanjaya untuk Menyiasat Prosedur Tetap Operasi, Kaedah-Kaedah atau Peraturan-Peraturan Berhubung dengan Pengendalian Pemeriksaan Tubuh Berkenaan dengan Penangkapan dan Penahanan oleh Polis telah pun selesai menjalankan tugasnya dan menerbitkan laporannya, isu itu masih terus dibicarakan.
Namun, fokus perbincangan masyarakat tidak lagi berkisar mengenai identiti perempuan yang melakukan adegan ketuk ketampi secara bogel ataupun pengenalan diri anggota polis wanita yang mengarahkan prosedur itu, yang mana wajah kedua-dua mereka telah terpampang di dalam klip video telefon bimbit yang penuh kontroversi itu. Isu itu sudah pun diselesaikan melalui laporan suruhanjaya tersebut sendiri. Lantaran itu, fokus perbicaraan orang ramai sekarang ini telah berganjak kepada persoalan: ke manakah arah tuju selepas ini?
... dan seterusnya.

Wednesday, February 01, 2006
Ulasan berhubung isu klip video ketuk ketampi
Kenyataan pertama yang diungkapkan oleh Hishamuddin Rais semasa berucap di suatu forum anjuran Majlis Peguam beberapa minggu yang lalu, cukup untuk memberi suatu kesimpulan yang penting berhubung isu ketuk ketampi bogel yang hangat dibicarakan ketika ini. Kata beliau, “Saya terkejut kerana masyarakat terkejut apabila melihat klip video ketuk ketampi bogel itu.”
Apakah kesimpulan daripada kenyataan itu? Iaitu layanan pihak polis terhadap tahanan-tahanan mereka adalah teruk, dan ia sudahpun berlaku sejak dahulu lagi. Cuma bagi masyarakat umum, isu ini adalah suatu perkara yang amat luar biasa. Padahal, ia berlaku seharian di hampir setiap balai polis di seluruh negara, tetapi tiada sebarang bukti berbentuk klip video yang pernah dikemukakan sebelum ini.
... dan seterusnya

Subscribe to:
Comments (Atom)