Isu prosedur ketuk ketampi secara bogel telah menjadi tajuk perbincangan hangat di setiap pejabat, rumah dan kedai kopi di seluruh Malaysia sejak lebih kurang dua bulan yang lalu. Kini, walaupun selepas Suruhanjaya untuk Menyiasat Prosedur Tetap Operasi, Kaedah-Kaedah atau Peraturan-Peraturan Berhubung dengan Pengendalian Pemeriksaan Tubuh Berkenaan dengan Penangkapan dan Penahanan oleh Polis telah pun selesai menjalankan tugasnya dan menerbitkan laporannya, isu itu masih terus dibicarakan.
Namun, fokus perbincangan masyarakat tidak lagi berkisar mengenai identiti perempuan yang melakukan adegan ketuk ketampi secara bogel ataupun pengenalan diri anggota polis wanita yang mengarahkan prosedur itu, yang mana wajah kedua-dua mereka telah terpampang di dalam klip video telefon bimbit yang penuh kontroversi itu. Isu itu sudah pun diselesaikan melalui laporan suruhanjaya tersebut sendiri. Lantaran itu, fokus perbicaraan orang ramai sekarang ini telah berganjak kepada persoalan: ke manakah arah tuju selepas ini?
... dan seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment