Kita mesti menjadikan aqidah sebagai asas dan titik tolak setiap amalan kita. Kita juga mesti mengutamakan amalan hati sebelum tindakan fizikal. Dan selain itu, kita juga mesti ikhlas dalam setiap amalan kita, dengan Allah swt semata-mata sebagai satu-satunya tujuan kita.
Maka apa yang dikatakan ikhlas?
Imam Hasan Al-Banna pernah menjelaskan bahawa ikhlas yang sebenar ialah “meniatkan seluruh ucapan, perbuatan dan jihadnya untuk Allah semata-mata, untuk mendapatkan keredhaan dan balasan pahala dariNya tanpa menghiraukan hasil duniawi, penampilan, penghormatan, gelaran, kemajuan atau kemunduran. Dengan demikian, menjadi pejuang fikrah dan akidah, bukan pejuang tujuan dan keuntungan duniawi.”
